Sunday, November 7, 2010

Tahniah Jue & Hamzah di atas cahaya mata pertama Nur Haziqah Damia Hamzah ! Alhamdulillah.



Selamat Menjadi Ibu Bapa !


Tanggal 21.10.10 jam 3.29 pm lahirla sorang puteri bernama nur haziqah damia..lahirnya seberat 3.18 kg di hospital sultanah nur zahirah k.terengganu....... dari FB Juliawati



Alhamdulillah semuanya lancar di atas kelahiran Damia selepas 3 tahun menanti, syukur di atas rezeki Allah SWT apa yang penting ialah kesabaran dan ikhtiar.


Salam sayang,

Bonda Rafeah











Thursday, October 28, 2010

Madu Lebah Asli Bonda Rafeah

Salam Semua,


Di sini Bonda ingin mengenalkan makanan kesihatan Madu Lebah Asli Bonda Rafeah.
Seperti mana yang kita sedia maklum, Untuk sekurang-kurangnya 2700 tahun , Madu telah digunakan oleh manusia untuk mengubati pelbagai penyakit melalui pelbagai aplikasi
dalam kehidupan terutamanya di dalam makanan kesihatan. 


Walaubagaimanapun, Al Quran sebagai mukjizat yang paling hebat buat manusia di muka bumi ini menidakkan rahsia-rahsia saintifik jauh lebih awal daripada experiment yang dilakukan para saintis moden.  Khasiat madu lebah telah disebutkan dalam Al-Quran, surat An Nahl ayat 68-69 di mana Allah berfirman:


“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah; “…kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)”. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat PENAWAR yang menyembuhkan manusia. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang memikirkan”.


Madu Asli Bonda Rafeah ialah madu asli 100% tulen dari hutan hijau Cameron Highlands yang
kaya dengan kehijaun dan bungaan yang pelbagai. Ianya merupakan makanan semulajadi lebah lebah yang bakal menghasilkan madu pada kualiti yang paling tinggi. Ianya suci dan dijamin halal. Insyaallah.


Harga madu bagi botol seperti di dalam gambar adalah RM 80. Pembelian melebihi 3 botol ke atas akan mendapat diskaun  RM 10 !


Salam sayang,


Bonda Rafeah









Wednesday, September 15, 2010

Selamat Datang & Welcome

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya dengan rendah diri menjemput saudari dan saudara melayari blog ini dengan penuh berhemah. Blog ini adalah dedikasi saya untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dalam bidang urutan tradisional, ubat ubatan dan petua petua untuk di amalkan oleh sesiapa saja dalam mengharungi kehidupan ini demi kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik. Saya telah melalui asam garam dunia urutan dan ubatan tradisional semenjak 30 tahun yang lalu dan ianya diturunkan oleh nenek moyang yang menjadi warisan keluarga kami. Saya juga sedia menyediakan khidmat urutan seperti urutan bagi wanita hamil sebelum dan selepas bersalin. Alhamdulillah sebelum ini juga dengan izin Allah SWT ada pasangan suami isteri yang setelah sekian lama menginginkan cahaya mata telah selamat menimang zuriat mereka. Saya menetap di Jengka Pahang dan blog ini beroperasi di bawah jagaan anak saya yang bertapak di Petaling Jaya. Sebarang pertanyaan bolehlah di ajukan melalui email.

bondarafeah@gmail.com

Wassalam

Bonda Rafeah