Wednesday, September 15, 2010

Selamat Datang & Welcome

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya dengan rendah diri menjemput saudari dan saudara melayari blog ini dengan penuh berhemah. Blog ini adalah dedikasi saya untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dalam bidang urutan tradisional, ubat ubatan dan petua petua untuk di amalkan oleh sesiapa saja dalam mengharungi kehidupan ini demi kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik. Saya telah melalui asam garam dunia urutan dan ubatan tradisional semenjak 30 tahun yang lalu dan ianya diturunkan oleh nenek moyang yang menjadi warisan keluarga kami. Saya juga sedia menyediakan khidmat urutan seperti urutan bagi wanita hamil sebelum dan selepas bersalin. Alhamdulillah sebelum ini juga dengan izin Allah SWT ada pasangan suami isteri yang setelah sekian lama menginginkan cahaya mata telah selamat menimang zuriat mereka. Saya menetap di Jengka Pahang dan blog ini beroperasi di bawah jagaan anak saya yang bertapak di Petaling Jaya. Sebarang pertanyaan bolehlah di ajukan melalui email.

bondarafeah@gmail.com

Wassalam

Bonda Rafeah